|  |
Asas dan Objektif Dewan Menubuhkan dan mewujudkan satu pertubuhan perniagaan Melayu di peringkat kebangsaan dan negeri untuk kepentingan dan faedah bangsa Melayu di lapangan perniagaan dan iktisas. Menyatupadukan peniaga dan iktisas Melayu untuk kepentingan dan faedah ekonomi bangsa Melayu. Memastikan terjaminnya Kepentingan Ahli di dalam undang-undang yang di gubal atau di pinda di Malaysia yang berkaitan dengan perniagaan. Menentukan aktiviti DPMM Negeri / Kuala Lumpur dan Ahli Gabungan adalah selaras dengan asas dan tujuan Dewan. Menerbitkan risalah dan majalah yang berkaitan dengan perniagaan. Membantu atau mewakili Ahli didalam perbincangan berkenaan perdagangan, pembelian, penjualan dan lain-lain samada di dalam atau di luar Negara. Menubuhkan tabung-tabung biasiswa, amanah dan lain-lain untuk kebajikan Ahli dan sekiranya perlu untuk membantu ahli pertubuhan, perbadanan atau persatuan Bumiputera dan mana-mana orang Melayu yang memerlukannya. Mengadakan kerjasama dengan lain-lain badan atau persatuan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Dewan. |
 |
|
|  |
Mengeluarkan Sijil Tempasa (Certificate of Origin) atau lain-lain sijil keatas barangan yang dieksport dari Malaysia. Membeli, menjual, menggadai, memajak, memilik, menyewa, menukar hak milik, menyerah, memaju dan membuat urusanyang berkaitan dengan tanah, saham dan lain-lain harta. Membina bangunan untuk kegunaan atau kepentingan Dewan. Meminjam bangunan untuk kegunaan atau kepentingan Dewan. Meminjam wang untuk kegunaan atau kepentingan Dewan. Menjalankan penyelidikan terhadap semua masalah bagi memajukan kaedah-kaedah tindakan dan prosedur yang dianggap berfaedah untuk salah satu daripada asas dan tujuan Dewan. Menubuhkan yayasan untuk kebajikan pelajaran, latihan, pengurusan dan kemahiran dalam bidang ekonomi dan perniagaan. Menjalankan sebarang pekerjaan daripada perkara diatas bagi kesempurnaan perjalanan Dewan dan DPMM Negeri/Pusat bagi faedah ekonomi bangsa Melayu. |
 |
|
|
|