Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan

HOME

Objektif Organisasi
Latarbelakang
Organisasi
Biro DPMM Labuan
Aktiviti Dewan
Buletin Dewan
Ahli DPMML
Buletin Dewan

Keratan Akhbar

Kandungan

Mesyuarat Agung Tahunan

Pelancaran Edisi Pertama Buletin DPMML
(Lidah Rasmi DPMM Labuan)

Renung-Renung:- Sikap Negetif Segelintir Usahawan Melayu

Mesyuarat Agung Tahunan Kelima

Mesyuarat Agung Tahunan Kelima DPMM W.P.Labuan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Labuan Liberty Port Management Sdn. Bhd. pada 21 Aprill 2001. Majlis ini dirasmikan oleh Ybhg Dato Syed Amin Al Jefri selaku Naib Presiden DPMM Pusat.

Majlis pemilihan ahli jawatankuasa bagi sidang 2001/2004 juga turut diadakan mengikut kaedah pengundian pada hari tersebut. Ybhg Tn. Hj. Yussof Hj Mohammad masih kekal sebagai Yang Dipertua DPMM Labuan yang menang tanpa bertanding. Jawatankuasa lain yang juga menang tanpa bertanding ialah Ybhg En Isli Hj Siput selaku Timb. YDP dan Ybhg En Mohd Alias Abdul Rahman selaku Naib YDP.

Ahli Jawatankuasa lain yang dipilih En Yahya Ganal selaku Setiausaha Kehormat, En. Junaidi Datuk Abd Rahman selaku Bendahari Kehormat En. Bungso Hj Mohammad, En Jaludin Arif, En Abd Ghani Hj Paijan, En Pugut Hj Ibrahim, En Wahab Andot, Pn Rokiah Hj Ibrahim, En Johari Yussof, En Johari Abidin dan Datin Maimon bte Hadi.

Renung - Renung

Sikap Negatif Segelintir Usahawan Bumiputera

Sikap tidak apa - iaitu membuat sesuatu dengan tidak bersungguh-sungguh dan sekiranya tidak berjaya, tidak mengapa asalkan kita sudah mencuba;

Sikap irihati dan kurang percaya - Tidak suka melihat rakan seperjuangan lebih berjaya dan maju;

Sikap individualistik - tidak suka berkongsi pengalaman dan maklumat kerana tidak mahu orang lain mendapat faedah dan berjaya sepertinya;

Tidak suka berdikari - terlalu bergantung kepada bantuan Kerajaan dan percaya bahawa itu adalah hak mereka yang kekal sebagai Bumiputera;

Suka menyalahkan - iaitu menyalahkan faktor-faktor lain di atas kegagalan diri sendiri seperti tidak mempunyai modal yang mencukupi padahal masalah yang sebenarnya adalah pengurusan yang tidak baik;

Mudah terpengaruh - dan suka menjadi pengikut daripada hasil buah fikiran sendiri untuk mengenalpasti bidang-bidang perniagaan baru untuk diceburi;

Kurang yakin - iaitu terhadap kebolehan diri sendiri dan sentiasa menganggap bahawa bangsa lain adalah lebih cekap daripada kita didalam sektor perdagangan dan pembuatan;

Tidak sanggup bersusah-payah dan tidak tahan bersaing-lebih suka mengambil jalan mudah;

Mudah berpuas hati dengan apa yang telah dicapai dan tidak suka mengambil usaha yang lebih untuk mencapai tahap kejayaan yang lebih tinggi;

Suka menunjuk-nunjuk dan berbelanja wang untuk perkara-perkara yang tidak perlu - tidak mempunyai disiplin kewangan; dan

Sikap motivasi yang lemah menyebabkan mereka tidak mampunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan pandangan mereka terhadap perniagaan tidak berkembang mengikut peredaran masa.

Pelancaran Edisi Pertama Buletin DPMM Labuan 1/2001

Sebuah Buletin "Info DPMM Labuan" edisi pertama akan dikeluarkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Labuan untuk ahli-ahli DPMM Labuan. Ia akan mula diedarkan pada Disember 2001 bagi keluaran sulung DPMML 1/2001. Buletin DPMM Labuan ini adalah khas untuk ahli-ahli DPMM Labuan sahaja dan ia adalah percuma.

Buletin ini dikeluarkan bertujuan mengetengahkan pandangan dan suara ahli-ahli DPMM Labuan serta berita-berita semasa mengenai Dewan Perniagaan Melayu Malaysia secara amnya dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan khasnya dan perkembangan ekonomi di Labuan serta ilmu pengetahuan dan perniagaan. Terdapat ruangan iklan yang akan dibuka kepada ahli-ahli DPMM Labuan untuk disewa dan caj sewaan bergantung kepada jumlah ruang yang disewa.

Ahli-ahli DPMM Labuan juga dialu-alukan untuk menyumbangkan pendapat, gambar, berita dan tulisan ilmiah kepada sidang editor buletin DPMM Labuan. Segala sumbangan boleh dialamatkan kepada:-
Sidang Editor Buletin DPMM Labuan,
W-2 Liberty Port Labuan,
P.O.Box 81858, 87028 W.P.Labuan

atau email kepada:-

dpmmlbn@top.net.my
llpm@tm.net.my

Click to receive email
when this page is updated
Powered by NetMind

Sila hantarkan pandangan, pendapat serta persoalan anda kepada kami.

Unknown Gem Type: tlx.tlx.forms